Mamee Sup Ayam Ibu Kiera
Mamee Sup Ayam
Ibu Kiera by : SHAZWANI SHAHFARUDDIN
Blogspot : ibukiera.blogspot.com
Diari pulang dari pejabat dan tak tahu nak masak
ape.. Aduhaiii selera
Asam garam orang dah berumah tangga.. tak salah kalau kita saling belajar mengenali antara satu sama lain kerana ia saling melengkapi.. terima kasih En. Abang @ Suami ku sayang..
MACAM-MACAM CERITAAAAA.......
Penat pulak rasa badan ni selepas
seharian di pejabat, banyak kerja nak kene settle.
Nak kata lapar tak lah lapar sangat pun sebab kul 4 tadi dah makan roti. Apa
nak masak balik ni ye?. Emmm badan penat ni, apa-apa pun kene tanya En. Abang
dulu. Kalau ikut selera tekak ni biskut
kering pun boleh, sebab tak lapar (diet nak kurangkan berat badan 57 kg
sekarang so memang tak sanggup).
Balik ni macam biasa nak ambik
baby Kiera kat rumah mak dulu, hari ni Kiera macam tak berapa sihat sebab malam
tadi macam kene selesema sikit. Sampai rumah mak ambil Kiera dulu dalam pukul
5.30 petang, so macam biasa mak suruh bagi Kiera makan dulu sebabnya kiera ni
tidur awal takut tak sempat makan malam dah tertidur.
En. Abang biasa sampai dalam
pukul 5.50 petang dari pejabat dia. Lepas settle
kemas barang Kiera dan sembang dengan mak, gerak balik dalam pukul 6.15 petang
so pusing-pusing sampai rumah pukul 6.50 petang. Perjalanan dari Shah Alam ke
Jalan Kebun Klang ada dalam 20-30 minit bergantung kepada trafik. Dalam kereta
lagi En. Abang dah tanya nak masak apa, kalau penat kita beli bungkus atau
makan luar je la. Suamiku Sayang..
Niat hati memang malas nak makan
luar, biasa la ada baby ni leceh sikit. Then
En. Abang cakap kalau dah terdetik di hati nak makan mamee, kita makan mamee je
la. Hari ni kita makan mamee ayam ye. Tersenyum lebar la sebab baru hajat di
hati, tapi suara hati dah didengari oleh En. Abang ni.. huhuhu
Bermula lah episod masak-memasak.
Penyediaan bahan penting untuk memastikan perut En. Abang dapat dipikat
walaupun hanya dengan mee segera. Hihihi...
Bahan-bahan
:
·
Bawang merah dan putih (dihiris)
·
Cili padi 3 biji
·
Sayur campur (lobak merah, sawi, kubis, tomato)
·
Isi ayam (mengikut selera masing-masing)
·
Telur 1 biji
·
Bawang goreng
·
Serbuk lada putih (jika ada stok kat rumah)
·
Daun sup (jika ada stok kat rumah)
Cara Memasak
1. Masukkan
1 cawan air ke dalam kuali.
2. Selepas
itu, masukkan isi ayam yang telah dipotong dan biarkan sehingga masak.
3. Masukkan
perencah mamee dan mamee yang telah siap direbus ke dalam periuk.
4. Masukkan
sayur-sayuran dan cili padi kemudian reneh sehingga masak.
5. Selepas
mendidih masukkan telur dan reneh dengan api kecil.
6. Siap
untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng dan serbuk lada putih untuk
penambah perasa.
Menu lain
·
Bihun sup Ibu kiera
Hujan rebut dapat
ditangkal
Hati kasih apa
ubatnya?
Masakan seorang
isteri itu penting untuk
memikat hati suami
dan perutnya.
Bagi isteri yang
belum pandai masak
atau yang tidak
berapa pandai memasak,
masih tidak
terlambat untuk belajar.
Buat Suamiku Sayang..
Ibu Kiera Mamee Sup Ayam..
Buat Suamiku Sayang..
Ibu Kiera Mamee Sup Ayam..
selamat mencuba..
ReplyDeletekos bahan hanya RM2 termasuk bhan sampingan.